Monday, February 20, 2012

Apa Yang Anda Fikirkan Untuk Memiliki Takaful atau Tidak

Rugi Bayar Bulan-Bulan Sebab Sepanjang Tempoh Polisi Tiada Tuntutan ?

Pertama, sekali kita bersyukur pada yang Esa, andai sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa kita dikurniakan kesihatan berterusan.

Sepanjang tempoh tersebut, mungkin ada yang beranggapan bayaran setiap bulan  hanya sia-sia dan paling kurang pun kalau dipulangkan faedah selama membayar polisi berkuatkuasa hanya “balik pokok”.

Salah! Anggapan tersebut adalah tidak benar.Ini kerana Polisi Takaful PruBSN membuka ruang para pelanggannya sama-sama menyertai industri Takaful melalui Skim Pelaburan yang disediakan.

Bermakna disamping anda mendapat faedah perlindungan ,anda juga sama-sama berniaga dan mendapatkan pulangan dan keuntungan.

Kena tunggu bertahun-tahun baru boleh keluarkan simpanan ??

PruBSN Takaful sebenarnya tidak menetapkan tempoh bila waktu untuk pelanggan boleh keluarkan simpanan mereka.

Pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja .

Anda Perlu Tahu Polisi Takaful Bukan Pelindungan Semata-Mata.

PruBSN TakafulLink Menyediakan dana persaraan

Ramai yang beranggapan Polisi Pelindungan Takaful hanya membayar pampasan kepada waris sekiranya pemegang polisi meninggal dunia.

Tanggapan tersebut adalah benar tetapi kolot, kerana pada masa kini Pelindungan Takaful banyak memberi manfaat khusunya dalam soalan disiplin penyimpanan kewangan.

PruBSN Takaful sebagai contoh sangat jelas , memberi peluang kepada para pelanggannya memilih Dana yang tersedia untuk sama-sama menyertai skim pelaburan dengan pulangan yang sangat memuaskan.

Melalu Pelindungan Takaful ini juga sebenarnya dapat medisiplinkan diri kita untuk tidak sering mengusik wang simpanan .Kita akui ramai antara kita suka menyimpan tetapi dalam masa yang sama juga suka mengusik simpanan.Masalah ini yang sering membantutkan usaha kita membuat simpanan berterusan.

Pelindungan Takaful melalui Pelan PruBSN TakafulLink membuka ruang pelanggannya untuk terus  meningkatkan simpanannya.Bagi mereka yang memikirkan masa depan diusia persaraan, pemilihan Pelan PruBSN TakafulLink  adalah pilihan bijak.

PruBSN SmartLink Menyediakan dana pendidikan anak-anak.


Disamping faedah perlindungan melalui pelan PruBSN Smartlink, ramai pelanggan PruBSN takaful menyertai pelan ini bagi tujuan penyimpanan dana pendidikan  anak-anak mereka.

Pelan PruBSN Smartlink ini menjadi alternatif bagi cara penyimpanan wang untuk masa depan anak-anak.

Melalui pelan PruBSN Smartlink ini, pelanggan boleh membuat anggaran keperluan kewangan anak-anak pada masa akan datang.

Pelan Prubsn Smartlink juga member jaminan kewangan anak-anak dimasa hadapan  sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia atau hilang upaya.

Ramai juga antara kita berkata, simpanan boleh dibuat dimana-mana institusi kewangan seperti bank , simpanan amanah dan sebagainya.Namun  simpanan bulanan kita akan terhenti seandainya berlaku sesuatu seperti kematian , kerana itu sebagai pilihan alternatif  PruBSN Takaful menawarkan pelan PruBSNSmartlink yang akan dipercumakan dengan faedah simpanan terus meningkat sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia.

Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.

Pelan PruBSN Ummah juga adalah alternatif  bagi umat islam melaksanakan rukun Islam yang ke-5.

Anda boleh rujuk kelebihan PruBSN Ummah disini.

No comments:

Post a Comment