Sunday, February 19, 2012

PruBSN Ummah

Simpanan, Perlindungan dan Memenuhi Keperluan Rohaniah
Semuanya Dalam Satu . Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.

Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk kami dengan lebih baik.

Apakah dia Takaful Ummah ?
PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu memenuhi kerohanian umat Islam selain keperluan duniawi. Pelan ini menyediakan anda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda. Ia juga memberi bonus kerana menjadi pelanggan setia.

Sebelum kita membincang lanjut kelebihan Takaful Ummah, jadual dibawa adalah perbandingan antara Takaful Ummah dengan Simpanan Haji.

Apa Faedahnya Takaful Ummah ?
Takaful Ummah adalah alternatif bagi kaum muslimin/muslimat yang berhajat menunaikan tanggungjawab Haji.
1. Upah Haji - Sekiranya pemegang polisi Takaful Ummah tidak sempat mengerjakan rukun islam yang Ke-5 ini, disebabkan kematian maka pihak PruBSN akan menyediakan RM3000.00 secara percuma kepada waris atau yang dilantik untuk mengerjakan haji bagi pihaknya.
Wang RM3000.00 adalah peruntukan khas diberi percuma tanpa dipotong dari mana-mana akaun pemegang polisi.
2. Wang Kebumian - Selain daripada wang perlindungan , pewaris juga akan diberikan secara percuma RM 2000.00 sebagai wang kebumian ,sekiranya pemegang polisi meninggal dunia.
3.Perlindungan Berganda- Pemegang Polisi akan mendapat perlindungan berganda sepanjang masa mengerjakan haji atau umrah. Sebagai Contoh ,nilai Perlindungan Polisi ialah RM39,000.00. Semasa mengerjakan haji atau umrah nilai ini digandakan kepada RM78,000.0.Bermakna sekiranya berlaku musibah semasa dia mengerjakan haji/ umrah maka waris akan dibayar sebanyak RM 78,000.00.
4. Dalam polisi Takaful Ummah juga, peserta boleh menambah Pelindungan Penyakit Kritikal dengan nilai tidak kurang RM10,000.00
5. Peserta juga boleh mengumpul Bonus  Tahunan sebagai elaun Haji .Bonus akan diberikaan setiap tahun selepas tahun ke-5.
6.Pelaksanaan Haji - Ingatan bersama ,ketelusan niat menyimpan wang bagi tujuan melaksanakan rukun islam ke 5 ini sangat penting.Sebab itu pihak PruBSN sangat prihatin dengan para pelanggannya dengan menguruskan Pelaksanaan Badal Haji  Bagi Pelanggan yang meninggal dunia atau lumpuh kekal.Dengan kata lain, Haji tetap terlaksana, sama ada dikerjakan sendiri atau melalui Badal Haji.

No comments:

Post a Comment