Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah ,syukur kerana masih diberi oleh-Nya kesempatan ini untuk berkongsi sesuatu kepada anda semua .Blog TakafulEnergy adalah blog peribadi yang amat bermakna buat saya kerana apa yang saya paparkan juga adalah jalan penyelesaian dalam soal masa depan keluarga. Beberapa perkara yang saya ingin kongsikan kepada anda tentang takaful, khususnya Takaful PruBSN.
Pengalaman dan Panduan Ketika Memilih Takaful.
Sebagai salah seorang pemegang Polisi PruBSN Takaful , saya ingin berkongsi pengalaman mengapa saya tertarik dengan PruBSN Takaful.
Mengapa saya mengambil takaful ?
Ramai antara rakan-rakan yang memiliki mana-mana pelindungan takaful atau pun insuran memberi jawapan "orang lain ambil, sayapun ambil" apabila ditanya tujuannya.
Sebelum ini tidak pernah terlintas dalam kepala untuk apa saya mengambil Pelindungan Takaful.Tetapi apabila saya memberi ruang 10 minit kepada sahabat saya untuk menceritakan pelan PruBSN, saya sanggup luangkan masa hingga 50minit.
Apa yang menarik ?
Antara ramai rakan yang mempromosikan produk takaful masing-masing inilah kali pertama saya diperlihatkan secara ilustrasi jadual pulangan produk PruBSN Takaful.
Adakah ini yang saya cari?
Selama ini saya sering memikirkan bagaimana untuk mengatur simpanan jangka panjang untuk anak-anak saya.Saya juga tergolong orang yang suka menyimpan wang tetapi juga suka mengusik simpanan. Sampai bila simpanan saya untuk anak-anak akan bertambah sekiranya terus terusik ?
Alhamdullillah Pelan PruBSN SmartLink membantu menyelesaikan masalah saya.Selepas mendapat penerangan penuh kelebihan Takaful PruBSN saya memohon untuk menjadi ejen atau Wakil Perunding Kewangan PruBSN Takaful.Kalau selama ini saya terbelengu dengan satu masalah dan diselesaikan oleh seorang sahabat dalam PruBSN Takaful , mungkin kini giliran saya membantu rakan-rakan lain pula.
Pengalaman saya sebagai Wakil Perunding Kewangan PruBSN, tidaklah sejauh mana, namun ada beberapa perkara yang sering menjadi perhatian saya .Ada rakan-rakan yang sudah memiliki Pelindungan Insuran atau Takaful ( Bukan Produk PruBSN Takaful ).Saya sentiasa ajukan beberapa soalan dan akhirnya jawapan yang sering saya terima ialah "tidak tahu" atau "tidak pasti".
Baiklah biar saya kongsikan beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum memilih mana-mana juga produk takaful atau insuran.
1.Bagi Orang Islam Pilihlah Produk Takaful, kerana urusan bisnes dalam industri takaful adalah berlandaskan syariah.
2.Apabila mengisi borang takaful pastikan Jumlah Potongan Bulanan ditulis dengan tangan sendiri.Ramai juga rakan-rakan yang mengharap Wakil ejen mereka mengisi borang bagi pihaknya, tidak salah tetapi biarlah nilai potongan bulanan yang dipersetujui ditulis sendiri oleh tuannya agar tidak timbul kesilapan atau penyelewangan nilai.
3.Anda perlu tahu apa faedah perlindungan yang ditawarkan serta nilainya .
Nilai Pampasan Kematian , Nilai pampasan kemalangan , nilai Pampasan penyakit berisiko, faedah perlindungan lain perlu anda ketahui sama ada ianya termasuk dalam polisi atau tidak.Ramai juga yang beranggapan asal sahaja memiliki pelindungan takaful, semua akan dicover.
4.Anda perlu tahu berapa nilai pulangan selepas tamat polisi.
Sekurang-kurangnya anda ditunjukan dokumen atau draf nilai pulangan takaful selepas tamat polisi.Yang teramat penting nilai yang ditunjukan tersebut sama seperti apa yang tertulis dalam polisi anda kelak.
5.Anda perlu tahu berapa nilai serahan yang anda terima sekiranya anda menarik diri sebelum tempoh matang/ tamat polisi.
Biasanya jawapan oleh wakil-wakil ejen insuran/ takaful,akan menjawab "adalah sikit-sikit" apabila ditanya pulangan serahan sekiranya kita menarik diri sebelum tempoh matang.Anda perlu tahu berapa nilainya sikit-sikit tersebut. Ini bagi mengelak andamenanggung kerugian.
6.Anda perlu pastikan polisi yang anda terima sama seperti apa yang ejen anda terangkan.
Sudah menjadi kebiasaan, ramai pemegang polisi mana-mana juga takaful akan mengarkibkan terus Polisi perjanjian mereka.Anda perlu menyemak semula polisi tersebut.Pastikan segala nilai dan faedah yang diterangkan oleh wakil takaful anda sama seperti yang terdapat dalam polisi.Begitu juga hal-hal kecil seperti ejaan nama , no kad pengenalan , tarikh lahir dan sebagainya, pastikan betul. Perkara-perkara kecil ini sekiranya berlaku kesalahan mungkin akan menyulitkan urusan semasa membuat tuntutan.
Hanya ini sahaja yang dapat saya kongsi buat masa ini, semasa saya mula-mula diperkenalkan dengan produk PruBSN Takaful, semua perkara diatas saya ajukan.Dan jawapan yang saya terima semuanya memuaskan hati saya. Sehingga saat saya menerima Buku Polisi , saya sendiri tersenyum melihat salinan borang permohonan takaful tulisan tangan saya sendiri (cakar ayam) juga disertakan.
Begitu juga dengan jadual ilustrasi pulangan yang ditunjukkan awal kepada saya juga tidak ada perubahan. Akhir kata saya amat berbesar hati dan sangat berterima kasih kepada anda yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Setidak-tidaknya saya sudah berkongsi sesuatu kepada anda.Kini terpulang kepada anda menilai dan membuat keputusan.
Apa yang baik itu datangnya dari yang Esa, dan yang buruk itu maafkan saya kelemahan diri.
Wassalam.
JEFLEE ASRI
WAKIL PERUNDING KEWANGAN
PruBSN Takaful
Keningau,Sabah